Wednesday, April 27, 2011

SEPULUH


Dhamiri mengeluh, melihat keluar tingkap. Hujan masih tidak berhenti. Guruh menggetarkan hatinya, cahaya kilat menyilaukan matanya. Dia memalingkan muka, kembali menatap Qaiser. Qaiser yang sedang duduk dihadapannya tersenyum melihat tingkah Dhamiri. Kata tidak terungkap, bahasa yang indah hanya disimpan. Sekilas pandang sudah tahu jantan betina, Qaiser sedar Dhamiri sedang risau akan kembarnya. Sedangkan keluar seketika pasti berteman, apatah lagi berjauhan untuk waktu yang lama. Dzakirah telah diajak Nadhirah untuk membeli belah setelah siap membakar biskut. Sudah dua jam berlalu, bayang mereka masih tidak kelihatan.
Lalu teringatlah akan Qaiser sebuah hadith,
Dari Abu Malik Al Haris bin ‘Ashim Al Asy’ari ra berkata, Rasulullah saw bersabda: “Suci adalah sebagian dari iman, Alhamdulillah itu dapat memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, Solat itu adalah cahaya, Sedekah itu adalah bukti iman, sabar itu adalah pelita, dan Al Quran itu adalah hujah terhadap apa yang kamu sukai ataupun terhadap apa yang kamu tidak sukai. Semua orang pada waktu pagi menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya dan ada pula yang membinasakan dirinya.” (HR. Muslim)
Lantas dia melontarkan pandangan terhadap Dhamiri.
"Be patient, my brother," ujarnya. "It won't be much longer," tambahnya lagi. Dhamiri menggelengkan kepala, tidak setuju. Apakah Qaiser tidak mengetahui perasaannya? Dia risau, gelisah. Dzakirah baru saja tiba di Malaysia. Mampukah dia berjalan berdua mengelilingi kota raya Kuala Lumpur? Sesatkah kembarnya itu? Keluhan demi keluhan dilepaskan. Dhamiri memandang Qaiser kembali lalu berkata, "Talk to me about patience, ya Akhi."
Qaiser senyum. Hatinya berdoa, "ya Allah, bantulah hambaMu ini memenenagkan hati yang gundah gulana ini."
Qaiser menatap lembut wajah Dhamiri, lalu memulakan bicara.
"Sabar itu separuh daripada iman. Yakni kesabaran juga merupakan satu nikmat. Kerana dalam sabar itu ada sakit, ada senang. Sabar membuka pintu segala bahagia, yang mendorong dalam meniti kehidupan. Sabarlah wahai saudara Islamku, seperti sabarnya seorang ibu melahirkan dan menjaga anaknya. Sabarlah seperti awan yang menunggu angin untuk membawanya pergi bersiar-siar. Seperti buah menunggu tangan untuk memetiknya dan seperti seorang mukmin menanti bidadari syurga, Ainul Mardhiah. Kesabaranmu, wahai saudaraku Dhamiri, mestilah disandarkan kepada Allah. Berdoalah, dan bertawakal, insyaAllah, Dzakirah sentiasa di bawah perlindunganNya. Tidaklah hatiku pernah merisaukan sesuatu yang sudah ku letakkan di bawah penjagaan Tuhanku.”
Qaiser diam. Begitu juga Dhamiri. 'Benarlah,' bisik hati Dhamiri. Setinggi mana pun kerisauan, sebanyak mana pun perlindungan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Malah dia juga yakin Dzakirah sudah membaca doa sebagai perlindungan diri dari kejahatan manusia dan sebagainya. Dia akhirnya berserah, pandangan jatuh kepada Ratib Al-Haddad yang berada di atas meja. Segera Ratib itu diambil dan dibaca.

No comments:

Post a Comment