Saturday, December 26, 2009

TUJUH

Kedengaran pintu kamarnya diketuk. Qaiser sedikit terkejut. “Siapa?” dia bertanya. Tiada jawapan. “Man haza?” dia mengulanginya sekali lagi. “It’s Dhamiri. Mind my coming in?” suara dari luar menyahut. “Oh, come in. The door’s unlocked,” balas Qaiser. Dia duduk di penjuru katil. “I thought you were in the library, doing some work, you said,” katanya. Dhamiri duduk di atas kerusi berhampiran. Tidak pernah dia masuk ke kamar Qaiser sebelum itu. Kamar Qaiser yang agak luas itu dipenuhi dengan perabot buatan kayu. Tidak hairan juga memandangkan Qaiser memang meminati perabot sebegitu.

“How long will you be here?” tanya Qaiser setelah Dhamiri dilihatnya sibuk meneliti persekitaran kamarnya. Dhamiri mengalihkan pandangan ke arah Qaiser, mengingat kembali tujuan mengapa dia ingin bertemu. “Maybe a week, perhaps longer. It depends,” balas Dhamiri. “Oh, Nadhirah said dinner is ready,” dia menambah apabila teringat kembali tujuannya. “Dinner? Ya Allah, what time is it?” Qaiser bertanya, sedikit terkejut. “Dear dear Qaiser, it is almost 8 o’clock already,” Dhamiri menjawab sedikit tertawa.

“Astaghfirullah,” Qaiser beristighfar. Dia masih tidak menunaikan solat Maghrib lagi. Dengan segera dia menuju ke bilik air untuk berwudu’. Dhamiri yang memahami mengapa Qaiser bersikap sedemikian, hanya tergelak. “I’ll tell them to wait for you,” jerit Dhamiri lalu melangkah keluar dari kamar Qaiser. Di luar, dia menghela nafas panjang. Tidak tersangka Qaiser terlupa untuk solat.

Setelah menunaikan solat, Qaiser bergegas ke ruang makan. Walaupun ruang makan terletak bersebelahan dapur sahaja, ia berada di bilik yang berasingan, sedikit tertutup. Di situ, Nadhirah dan kedua tetamunya sudah menunggu. Dia memberi salam lalu duduk di sebelah Dhamiri. “Nadhirah masak?” tanya Qaiser. “Tolong masak, Dzakirah pun sama,” balas Nadhirah yang duduk berhadapan dengan Qaiser. Perbualan terus bersambung sehingga makanan dihidangkan. Qaiser mengimamkan bacaan doa.

ENAM


Qaiser menuju ke arah kamar tidurnya. Terasa letih setelah pulang dari menunaikan solat Asar bersama Dhamiri. Sekembalinya mereka dari Masjid Negeri sebentar tadi, kelihatan Nadhirah sibuk menolong pembantu-pembantu rumah mereka memasak. Dzakirah pula, kata Nadhirah, sedang solat di kamar tetamu. Apabila Dhamiri memaklumkan bahawa dia akan berada di perpustakaan mini untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh, Qaiser memutuskan untuk membaca di kamar, bersendirian.

Tangannya mencapai buku bertajuk ‘7 Formula Individu Cemerlang’ karya Dr. Danial Zainal Abidin. Dia duduk di atas katil dan menyandarkan diri ke dinding, mencari posisi selesa untuk membaca. Setelah menghabiskan Formula 5: Memelihara Amanah, dia meletakkan buku itu kembali ke atas meja kecil di penjuru katilnya. Matanya dipejamkan. Seketika kemudian, dia membuka mata kembali. Tidak ternampak kegembiraan di dalam anak matanya yang berwarna biru itu, warna yang sama dengan adiknya, Nadhirah.

Memori 5 tahun lalu terlintas kembali.

“Ta’ala ma’ee,” Qaiser berkata kepada Dzakirah. Ketika itu, mereka berdua berada di ruang tamu kediaman Abi, panggilan untuk bapa Dzakirah. Dzakirah memandang ke luar tingkap. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu meninggalkan kota Istanbul, apatah lagi berhijrah ke Malaysia. Qaiser mengeluh. Dia sedar bahawa Dzakirah tentu sekali menolak ajakannya itu. Dia yang baru sahaja menamatkan pengajian di Belford malah tidak mempunyai kerjaya, tidak mungkin mampu membahagiakan Dzakirah.

“You better go or you’ll miss your plane,” Dzakirah berkata, menolak ajakan Qaiser. “Nadhirah had already wait for you at the front door. Ma’a salamah,” sambungnya lagi. Sekali lagi Qaiser mengeluh. Tanpa berkata apa-apa dia berdiri dan menuju keluar. Dia menyalam Dhamiri sebelum masuk ke dalam kereta bersama Nadhirah lalu bertolak ke lapangan terbang. Dari jauh, Dzakirah memerhati kenderaan mereka hingga hilang dari pandangan. 

Monday, December 14, 2009

Mencari keredhaannya.

Assalamualaikum w.b.t,
Semoga Allah s.w.t memberi keredhaan kepada pembaca sekalian.
Alhamdulillah, sudah lima bab yang saya tuliskan. Mungkin kelima-lima bab ini tidak seberapa, tetapi inilah karya saya pertama yang berlainan dari yang lain. Sakif Habibi pertama kali ditulis adalah pada tahun 2008, iaitu bab 1 dan bab 2. Hanya baru-baru ini sahaja saya menemukannya kembali dan cuba untuk meneruskan cerita ini. Pada awal bahagian kisah ini mungkin dapat anda lihat bahawa ia sebenarnya tidak diniatkan untuk menjadi sebuah cerita yang panjang. Akan tetapi, saya memilih untuk melanjutkan kisah ini dan tidak meringkaskannya. Terdapat empat bahasa yang saya akan gunakan iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis. Ini kerana keturunan keluarga Qaiser dan kenalannya dari negara luar menyebabkan sesetengah watak di dalam kisah ini hanya dapat memahami satu atau dua bahasa saja dari keempat-empat bahasa tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba untuk tidak menjadikan bahasa sebagai penghalang anda untuk memahami jalan cerita dalam kisah ini.


Setiap tajuk bab adalah maksud nama bagi watak-watak yang terdapat di dalam kisah ini. Di sini saya senaraikan nama dan maksud mereka:

  • Muhammad Qaiser Zahirul Haq-qul Furqon: Raja Pendukung Hak Yang Mampu Membezakan Antara Hak Dan Batil.
  • Iklil Bahiyyah: Mahkota Yang Bersinar
  • Nur Ghazalah Nadhirah: Cahaya Mentari Terbit Yang Bersinar
  • Zayyad Dhamiri: Semakin Bertambah Perasaanku
  • Zhufairah Dzakirah: Yang Banyak Mendapatkan Kebenaran, Yang Selalu Berzikir



Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi membaca Bab 1 hingga Bab 5 Sakif Habibi. InsyaAllah saya akan meneruskan kisah ini secepat mungkin.


Jazaakallah Khairan Khatira,
Amirah Hazwani.
Isnin, 14hb Disember 2009.
1.00 pagi

LIMA: Yang selalu berzikir


Qaiser hanya mampu memandang Dzakirah penuh kasih. Ingin sahaja dia memeluk kekasih hatinya itu. “Astaghfirullah,” dia beristighfar. Tidak mungkin perkara itu berlaku melainkan mereka berkahwin. Dzakirah pula, dengan kelembutan seorang wanita, duduk disebelah abang kembarnya, Dhamiri. Sejak tadi, dia tidak berani membalas pandangan Qaiser dan hanya menundukkan kepala. Di tengah kesepian itu, Dhamiri tergelak kuat.

“Dham, are you okay?” tanya Qaiser, terkejut. “Seriously, I can’t bear being here with two of you,” Dhamiri tergelak. “You were apart for years and now, being able to see each other again, you didn’t say a word!” dia meneruskan bicara. “Five years, one month and three days, exactly,” pintas Qaiser. “Sorry I lost count,” Dhamiri berkata sambil tersenyum. Jauh di sudut hati, dia sedar bahawa Qaiser dan Dzakirah amat merindui antara satu sama lain. Dia juga sebenarnya hilang bicara melihat mereka berdua yang hanya tunduk memandang lantai.

“Zayyad?” Nadhirah melangkah kelaur dari kamarnya. “Dhira, glad to see you,” sapa Dhamiri. “Abang ingat Cahaya tidur,” kata Qaiser. “Memanglah, tapi abang Dham ni ketawa kuat sangat, Cahaya pun terjaga,” balas Nadhirah, sedikit tertawa. “Yet again you guys speak in Malay. Gosh, I really need to learn your language. Nad, come on and meet your future sister-in-law,” Dhamiri berkata. Nadhirah yang baru menyedari kehadiran Dzakirah terjerit kecil lantas memeluk erat. Dhamiri dan Qiaser hanya tersenyum memandang telatah Nadhirah.

Setelah melepaskan pelukan, Nadhirah dan Dzakirah sibuk membalas cerita. Qaiser dan Dhamiri pula menjadi pendengar setia sepanjang perbualan mereka. Tidak lama kemudian, azan Asar berkumandang. “Cahaya, abang dan Dhamiri pergi ke masjid dulu ya?” Qaiser berkata sambil melangkah menuju ke pintu bersama Dhamiri. “Ya lah, Cahaya temankan kekasih hati abang di sini saja,” balas Nadhirah, tersenyum. Mereka berbalas salam lalu Nadhirah meneruskan perbualan yang terhenti. 

EMPAT: Semakin bertambah perasaanku


Nadhirah meluru masuk ke kamar beradunya. Tas tangan dan barangan yang baharu saja dibeli tadi diletakkan di penjuru katil lalu dia merebahkan badan ke atas katil. “Letihnya,” bisik Nadhirah. Beberapa saat kemudian, dia terus lena dibuai mimpi.

Di luar rumah, Qaiser hanya memandang jauh perlakuan adiknya. Setelah Nadhirah hilang dari pandangan, dia mengunci kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. “Qaiser, what’s wrong with Nadhirah?” satu suara menegur. Qaiser yang terkejut lantas beristighfar dan mencari tuan punya suara. Kelihatan seorang lelaki muda melangkah menuju kearahnya. Dia tersenyum. “Oh, Dhamiri. Nothing’s wrong, actually. She’s just tired, I believe,” Qaiser menjawab pertanyaan Zayyad Dhamiri, sepupunya.

“Is that so? She must be so tired that she didn’t realize I was just beside her when she pass me. By the way, I am back from London,” Dhamiri tersenyum lebar. Dia menyalam tangan Qaiser dan memeluk erat. Setelah pelukan dilepaskan, mereka berdua menuju ke arah ruang tamu. “So, are you going to ask me about your beloved Zhufairah Dzakirah?” tanya Dhamiri sedang mereka berdua duduk berhadapan di atas sofa. “Why would I? You will tell me anyway,” balas Qaiser. “You really can read my mind, big brother. Well, since you said that, I won’t. You, Qaiser, will ask her yourself,” balas Dhamiri.

“Tell me you are joking,” Qaiser memandang Dhamiri, mencari kebenaran. “He’s not joking. I am here,” satu suara membalas. Qaiser yang mengenali suara itu tersenyum, hatinya gundah sekali. Setelah menarik nafas panjang, dia memandang pemilik suara itu yang berdiri di hadapan pintu kamarnya. “It wasn’t a dream, Qaiser. She’s here. Your fiancée,” Dhamiri sekali lagi tersenyum lebar dan menepuk belakang Qaiser. 

Thursday, December 10, 2009

TIGA: Cahaya Mentari Terbit Yang Berseri


Sedang memandu, Qaiser menoleh seketika ke arah Nadhirah yang duduk disebelahnya. Nadhirah yang menyedari perlakuannya itu mengalihkan pandangan ke luar tingkap. “Nak pujuk aku la tu,” bisik hati Nadhirah. “Cahaya,” panggil Qaiser. Tidak diendahkan. Qaiser tersenyum lagi. “Wanita,” keluhnya. “Kenapa dengan wanita pula?” tanya Nadhirah, tegas. “Laa, ada lagi rupanya. Ingatkan dah berangan jauh ke Tanah Suci Makkah,” sindir Qaiser. Dia tergelak sendiri. “Kenapa dengan wanita?” ulang Nadhirah, semakin tegas. Qaiser memandang kembali Nadhirah buat seketika. Masih tersenyum tanpa jawapan.

You are not going to make me repeat my question for the third time, brother,” Nadhirah memandang tajam Qaiser. Dengan tenang, Qaiser memberhentikan kereta di tepi jalan lalu memandang Nadhirah sambil memegang kedua tangannya.

‘Hati seorang wanita
Tidak mungkin difahami
Tak siapa dapat selami
Walau sungguh aku mencuba.’

Qaiser senyap seketika. Nadhirah bingung.

“Wahai Cahaya,
Engkaulah penyeri hidupku,
Jangan pernah engkau ragui,
Engkaulah sinar cahaya,
Ketika aku di dalam kegelapan yang nyata.
Wahai adikku yang kecil,
Kesayanganku yang kecil,
Aku menasihatimu dengan penuh kesabaran,
Aku mengingatkanmu tentang kesalahan yang engkau lakukan.
Jangan kau terluka,
Jangan pula menitis mata,
Kerana kau,
Wahai Nur Ghazalah Nadhirah,
Ingin ku jaga hingga ke syurga.”

Qaiser melepaskan pegangannya dan meneruskan pemanduan sehinggalah tiba ke destinasi, rumah mereka. Nadhirah pula hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap, menyaksikan alam ciptaan Tuhan.

DUA: Mahkota Yang Bersinar


"Cahaya, apa Cahaya buat kat sini ?"
Nadhirah menoleh, kekhusyukannya membaca buku sebelum itu terganggu. "Ghazalah tunggu abang Qaiser. Lupa pula yang kunci ada dengan dia." jawab Nadhirah dan meneruskan pembacaanya. "Jadi, QaAiser dalam perjalanan ke sini ya?" tanya Iklil Bahiyyah, salah seorang mahasiswi tahun akhir di Universiti Qaiser. Nadhirah mengangguk. "Boleh akak tumpang Cahaya dan Qaiser? Sebab kereta akak kena hantar bengkel semalam." sambung Iklil. "Ghazalah nak jalan-jalan dengan abang hari ini. Anti tak boleh ikut, maaf. Ghazalah nak berdua dengan abang." jelas Nadhirah tanpa melihat.

"Assalamualaikum, Cahaya. Adakah abang lambat sangat?" sapa Qaiser. "Eh, anti pun ada di sini? Adakah anti ada masalah?" tegur Qaiser selepas menyedari Iklil yang bersebelahan dengan Nadhirah. "Wa'alaikummussalam. Tak ada apa-apa pun abang. Iklil tanya kalau dia boleh tumpang kita balik. Cahaya cakaplah yang kita nak pergi jalan-jalan dulu. Tak boleh ikut," jelas Nadhirah. "Maaflah Iklil, tapi anti boleh ikut kami. Mungkin Cahaya perlukan seorang puteri untuk menemaninya. Putera tak tahu sangat kerenah puteri," ajak Qaiser tersenyum. "Tak mengapa, ana boleh balik naik teksi. Tak nak susahkan Qaiser pula." Iklil menolak ajakan Qaiser. "Dah la abang, kalau lambat nanti kedai tutup, jom!" gesa Nadhirah sambil menarik Qaiser. Sebelum Qaiser dapat menjawab, Nadhirah sudah mengambil kunci kereta dari tangannya. Dia yang duduk di sebelah kerusi pemandu hanya dapat melihat Nadhirah meluru masuk ke dalam kereta dan terus memandu keluar dari kawasan universiti.
**********


Suasana di MidValley Mega Mall sibuk seperti biasa. Pengunjung masing-masing melihat kedai yang terdapat di situ untuk membeli-belah apa yang patut. Qaiser yang sedarinya senyap sahaja memulakan bicara ketika mereka duduk di Food Court untuk makan. "Je veux savoir pourquoi. Il a été très impoli de le faire." tegur Qaiser tegas. "Mets-toi à ma place. Je suis désolé . Pardonne-moi. I just don't like her," jelas Nadhirah. "Tak apa, abang boleh terima. Il y a trop de haine dans ce monde. Tapi Cahaya wajib minta maaf pada Iklil," - "What?" Nadhirah membantah separuh menjerit.

Pengunjung di sekitar mereka memandang terkejut.

SATU: Raja Pendukung Hak


"Ya Sakif Habibi!"
Qaiser tersenyum sendiri. Dia menoleh. "Ya Nur Ghazalah Nadhirah, tiadakah yang lain untuk Cahaya Mentarimu itu bersinar? Abang sudah katakan jangan memanggilku sebegitu. Pelajar abang sudah memikirkan yang bukan-bukan," balas Qaiser lalu melangkah menuju ke Musolla. Azan Zohor baru sahaja diseru sebentar tadi. "Cahaya mengerti semua itu. Yalah, insyaAllah Cahaya tak buat lagi. Abang mengajar apa di kuliah tadi? Cahaya lihat pelajarmu gembira sekali sedemikiannya mereka keluar," Nadhirah membetulkan niqab yang menutupi sebahagian mukanya sambil menyusul dibelakang Qaiser, matanya yang biru itu melihat mahasiswa yang berjalan melepasi mereka. "Tiada apa, selain perkara biasa, abang hanya melagukan syair sahaja. Mereka menantikannya sepanjang pembelajaranku," jelasnya. "Perdengarkan kepadaku jua, sudah lama Cahaya tidak mendengar abang melagukan sesuatu," desak Nadhirah. Seketika itu, Qaiser tersenyum kepada adiknya dan bersyair di dalam bahasa Arab yang bermaksud:
cinta itu membuat engkau buta
akan cela yang dicinta
dan engkau rela
pada apapun keadaannya
cinta itu ketika menghujam membuatmu siap
berkorban untuk yang dicinta
*********


Muhammad Qaiser Zahirul Haq-qul Furqon. Nama yang meniti di bibir sesiapa yang mengenalinya. Keturunannya yang berlainan memberi keistimewaan, ayahandanya yang dilahirkan warga Pakistan-Perancis menikahi bondanya yang merupakan kelahiran Cina-Melayu. Kepetahannya dalam 2 bahasa lain yang dipelajari menambah bilangan 4 bahasa yang diketahui. Dikala usianya 10 tahun, dia sudah diakhir pembelajaran sekolah rendah. 5 tahun dihabiskan bagi sekolah menengah swasta yang dihadiri.
International College [kini Hodges University] menerima permohonan Qaiser yang ketika itu berusia 15 tahun. 4 tahun memberikannya segulung ijazah di dalam Bachelor for Science in Business Administration sebagai mahasiswa terbaik. Qaiser meneruskan Master Degree in International Management sambil bekerja sebagai guru tuisyen asrama di Belford University. Ketika itulah dia menamatkan kerjayanya dan menubuhkan sebuah sekolah menengah swasta dan kini, selepas pengajian, menubuhkan Universiti Qaiser.

********

"Cahaya?"

"Assalamualaikum, Cahaya?"
"Ya Qaiser. Mengapa?" sahut Nadhirah. "Apa yang dimenungkan itu? Adakah kekasih hati?" tanya Qaiser lalu tersenyum. "Cahaya hanya memikirkan kisah abang," jelasnya. "Cahaya solat?" Qaiser terus bertanya. "Uzur Syar'i. Sedangkan Cahaya ingat hendak berpuasa hari ini," keluh Nadhirah. "Tetapi mengapa Cahaya mengikut abang ke Musolla ?" "Cahaya hendak menunggu abang habis, bukankah hari ini tiada kuliah lagi untuk Cahaya dan abang? Mungkin kita boleh pergi bersiar-siar. Boleh ya?" gesa Nadhirah sedikit manja. "Since when my little sister asking me ? You always order me to do everything.." Qaiser tersenyum melihat gelagat Nadhirah. "Not always. Just a little, I think. But still, accompany me to the mall today, okay? I'll wait for you in the car."