“Assalamualaikum,”
Dhamiri memberi salam lalu masuk ke bilik adiknya.
“Wa'alaikumussalam,” balas Dzakirah. Dia tidak mahu berbicara
panjang. “Adik sudah siap?” tanya Dhamiri. Sudah dua minggu dia
berada di Malaysia, sedikit sebanyak sudah boleh bercakap Melayu
walaupun agak pelat sedikit. “Sudah,” balas Dzakirah. Dia
mengalihkan pandangan ke luar tingkap. “Penerbangan kita lagi empat
jam, marilah kita bertolak. Abang akan tunggu adik di bawah. Turunlah
bila sudah bersedia,” Dhamiri mengangkat kedua bagasi Dzakirah lalu
keluar dari bilik. Dia tahu, Dzakirah sedang bersedih.
Setelah
Dhamiri menutup pintu, Dzakirah mengeluh sendiri. Sudah dua minggu
berlalu sejak dia bertemu kembali dengan Qaiser. Cepat sahaja masa
berlalu. Qaiser sedaya upaya cuba berada di rumah, menemani dia dan
abangnya jika tiada kelas di QU. Nadhirah juga begitu. Walaupun
begitu, dia merasakan dua minggu cukup pendek sekali untuk dia
meluangkan masa di sini. Tapi apakan daya, abangnya perlu kembali
bekerja. Rumah di Turki juga perlu didiami kembali.
Sekali
lagi terdengar ketukan di pintu. Dzakirah membuka pintu dan melihat
Nadhirah di hadapannya. Setelah memberi salam, Nadhirah memeluk
Dzakirah. “Pakailah niqabmu, abang berada di bawah menunggumu,”
kata Nadhirah sambil meleraikan pelukan. Kelihatan matanya merah
akibat menangis. Dzakirah tetap senyap, lalu menuju ke arah meja
solek dan memakai niqab. Dia memakai pakaian serba hitam. Tidak pula
berhias dengan sebarang perhiasan. Dhamiri melarangnya berhias walau
dengan cara apa pun. Tidak pernah dia memakai pakaian yang berbunga.
“Is
Qaiser here?” tanya Dzakirah semasa mereka menuruni tangga. Qaiser
dan Dhamiri tidak tinggal di rumah itu sepanjang mereka di situ.
Mereka bermalam di hotel di ibu kota. Selain malam ketika mereka
keluar bersiar-siar, mereka berdua tidak berada di rumah waktu malam.
Qaiser dan Dhamiri hanya berada di situ ketika waktu siang, dan
ketika semua pembantu rumah bersama. Dia tidak mahu fitnah terjadi.
Nadhirah
menjawab pertanyaan Dzakirah dengan anggukan. Abangnya juga lebih
suka mendiamkan diri sejak pagi. Dia berjumpa dengan Qaiser di QU
sebelum mereka berdua menuju ke rumah untuk menghantar Dzakirah dan
Dhamiri. “Adakah dia merasa kesedihan yang ku rasakan?” bisik
Dzakirah sendiri. Nadhirah memandang, lalu berkata, “I never seen
him more happy before he met you. It saddens him to be apart from
you, again.” Dzakirah diam membisu. Hatinya sedih sekali. Lalu dia
berzikir. Bukankah Allah sudah berfirman, dengan mengingati Allah,
bahagia akan menyusul. Dia tenang.