Wednesday, April 7, 2010

SEMBILAN


Nadhirah sibuk mencari sepupu-sepupunya. “Di mana pula mereka ni?” bisik hati kecilnya. “Hish, Tadi dah suruh Zayyad cari, dia pula yang menghilang,“ hatinya merungut lagi. Banglo setinggi tiga tingkat itu terasa bagai sepuluh tingkat. Begitu sukar hajatnya tercapai. Akhirnya, dia terdengar tawa Dhamiri. “Kat balkoni la tu,” Nahirah berkata sendiri. Dengan segera, dia menaiki tangga ke tingkat dua. Terus dia memanggil kedua-dua sepupunya setelah ternampak mereka.

Nadhirah tersenyum tatkala melihat kedua-dua mereka menghampirinya. Di rumah, Nadhirah tetap memakai niqab bahkan di hadapan sepupunya sendiri. Dia cuma membuka niqab di hadapan abangnya jika tiada sesiapa. “Limaza?” tanya Dzakirah, hairan. “Lets bake!” balas Nadhirah, ceria. Dhamiri dan Dzakirah memandang sesama sendiri. Mereka berdua tidak tahu hendak membalas apa. “’Afwan?” Dhamiri bertanya, memecahkan kesunyian. Nada suaranya kekok sekali. “B-a-k-e.” ulang Nadhirah, masih lagi tersenyum. Dhamiri dan Dzakirah sekali lagi berbalas pandangan.

“It is Children Day,” Qaiser menjawab apabila melihat sepupu-sepupunya bingung. Dia yang baru sahaja balik dari QU meletakkan beg bimbit di atas kerusi lalu duduk. Dhamiri dan Dzakirah juga mencari posisi masing-masing. Nadhirah dalam nada sedikit geram berkata, “How can you forget Children Day? It’s 20th November. Nobody should ever forget it,”. Dia masih lagi berdiri tetapi akhirnya duduk di sebelah Dzakirah kerana geram.

“So, why bake today?” tanya Dhamiri. “It’s not that you didn’t have maids to do chores around here,” tambahnya lagi. Sebagai lelaki bekerjaya, dia tidak dapat memahami mengapa Nadhirah harus bersusah payah melakukan ‘kerja rumah’ seperti itu. “We are giving it to orphanage, Zayyad. And it will not be special if we ask somebody else to do it,” Nadhirah berkata, tegas. 

2 comments: