Monday, December 14, 2009

Mencari keredhaannya.

Assalamualaikum w.b.t,
Semoga Allah s.w.t memberi keredhaan kepada pembaca sekalian.
Alhamdulillah, sudah lima bab yang saya tuliskan. Mungkin kelima-lima bab ini tidak seberapa, tetapi inilah karya saya pertama yang berlainan dari yang lain. Sakif Habibi pertama kali ditulis adalah pada tahun 2008, iaitu bab 1 dan bab 2. Hanya baru-baru ini sahaja saya menemukannya kembali dan cuba untuk meneruskan cerita ini. Pada awal bahagian kisah ini mungkin dapat anda lihat bahawa ia sebenarnya tidak diniatkan untuk menjadi sebuah cerita yang panjang. Akan tetapi, saya memilih untuk melanjutkan kisah ini dan tidak meringkaskannya. Terdapat empat bahasa yang saya akan gunakan iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis. Ini kerana keturunan keluarga Qaiser dan kenalannya dari negara luar menyebabkan sesetengah watak di dalam kisah ini hanya dapat memahami satu atau dua bahasa saja dari keempat-empat bahasa tersebut. InsyaAllah, saya akan cuba untuk tidak menjadikan bahasa sebagai penghalang anda untuk memahami jalan cerita dalam kisah ini.


Setiap tajuk bab adalah maksud nama bagi watak-watak yang terdapat di dalam kisah ini. Di sini saya senaraikan nama dan maksud mereka:

  • Muhammad Qaiser Zahirul Haq-qul Furqon: Raja Pendukung Hak Yang Mampu Membezakan Antara Hak Dan Batil.
  • Iklil Bahiyyah: Mahkota Yang Bersinar
  • Nur Ghazalah Nadhirah: Cahaya Mentari Terbit Yang Bersinar
  • Zayyad Dhamiri: Semakin Bertambah Perasaanku
  • Zhufairah Dzakirah: Yang Banyak Mendapatkan Kebenaran, Yang Selalu Berzikir



Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi membaca Bab 1 hingga Bab 5 Sakif Habibi. InsyaAllah saya akan meneruskan kisah ini secepat mungkin.


Jazaakallah Khairan Khatira,
Amirah Hazwani.
Isnin, 14hb Disember 2009.
1.00 pagi

1 comment: