Thursday, December 10, 2009

DUA: Mahkota Yang Bersinar


"Cahaya, apa Cahaya buat kat sini ?"
Nadhirah menoleh, kekhusyukannya membaca buku sebelum itu terganggu. "Ghazalah tunggu abang Qaiser. Lupa pula yang kunci ada dengan dia." jawab Nadhirah dan meneruskan pembacaanya. "Jadi, QaAiser dalam perjalanan ke sini ya?" tanya Iklil Bahiyyah, salah seorang mahasiswi tahun akhir di Universiti Qaiser. Nadhirah mengangguk. "Boleh akak tumpang Cahaya dan Qaiser? Sebab kereta akak kena hantar bengkel semalam." sambung Iklil. "Ghazalah nak jalan-jalan dengan abang hari ini. Anti tak boleh ikut, maaf. Ghazalah nak berdua dengan abang." jelas Nadhirah tanpa melihat.

"Assalamualaikum, Cahaya. Adakah abang lambat sangat?" sapa Qaiser. "Eh, anti pun ada di sini? Adakah anti ada masalah?" tegur Qaiser selepas menyedari Iklil yang bersebelahan dengan Nadhirah. "Wa'alaikummussalam. Tak ada apa-apa pun abang. Iklil tanya kalau dia boleh tumpang kita balik. Cahaya cakaplah yang kita nak pergi jalan-jalan dulu. Tak boleh ikut," jelas Nadhirah. "Maaflah Iklil, tapi anti boleh ikut kami. Mungkin Cahaya perlukan seorang puteri untuk menemaninya. Putera tak tahu sangat kerenah puteri," ajak Qaiser tersenyum. "Tak mengapa, ana boleh balik naik teksi. Tak nak susahkan Qaiser pula." Iklil menolak ajakan Qaiser. "Dah la abang, kalau lambat nanti kedai tutup, jom!" gesa Nadhirah sambil menarik Qaiser. Sebelum Qaiser dapat menjawab, Nadhirah sudah mengambil kunci kereta dari tangannya. Dia yang duduk di sebelah kerusi pemandu hanya dapat melihat Nadhirah meluru masuk ke dalam kereta dan terus memandu keluar dari kawasan universiti.
**********


Suasana di MidValley Mega Mall sibuk seperti biasa. Pengunjung masing-masing melihat kedai yang terdapat di situ untuk membeli-belah apa yang patut. Qaiser yang sedarinya senyap sahaja memulakan bicara ketika mereka duduk di Food Court untuk makan. "Je veux savoir pourquoi. Il a été très impoli de le faire." tegur Qaiser tegas. "Mets-toi à ma place. Je suis désolé . Pardonne-moi. I just don't like her," jelas Nadhirah. "Tak apa, abang boleh terima. Il y a trop de haine dans ce monde. Tapi Cahaya wajib minta maaf pada Iklil," - "What?" Nadhirah membantah separuh menjerit.

Pengunjung di sekitar mereka memandang terkejut.

No comments:

Post a Comment