Saturday, December 26, 2009

ENAM


Qaiser menuju ke arah kamar tidurnya. Terasa letih setelah pulang dari menunaikan solat Asar bersama Dhamiri. Sekembalinya mereka dari Masjid Negeri sebentar tadi, kelihatan Nadhirah sibuk menolong pembantu-pembantu rumah mereka memasak. Dzakirah pula, kata Nadhirah, sedang solat di kamar tetamu. Apabila Dhamiri memaklumkan bahawa dia akan berada di perpustakaan mini untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh, Qaiser memutuskan untuk membaca di kamar, bersendirian.

Tangannya mencapai buku bertajuk ‘7 Formula Individu Cemerlang’ karya Dr. Danial Zainal Abidin. Dia duduk di atas katil dan menyandarkan diri ke dinding, mencari posisi selesa untuk membaca. Setelah menghabiskan Formula 5: Memelihara Amanah, dia meletakkan buku itu kembali ke atas meja kecil di penjuru katilnya. Matanya dipejamkan. Seketika kemudian, dia membuka mata kembali. Tidak ternampak kegembiraan di dalam anak matanya yang berwarna biru itu, warna yang sama dengan adiknya, Nadhirah.

Memori 5 tahun lalu terlintas kembali.

“Ta’ala ma’ee,” Qaiser berkata kepada Dzakirah. Ketika itu, mereka berdua berada di ruang tamu kediaman Abi, panggilan untuk bapa Dzakirah. Dzakirah memandang ke luar tingkap. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu meninggalkan kota Istanbul, apatah lagi berhijrah ke Malaysia. Qaiser mengeluh. Dia sedar bahawa Dzakirah tentu sekali menolak ajakannya itu. Dia yang baru sahaja menamatkan pengajian di Belford malah tidak mempunyai kerjaya, tidak mungkin mampu membahagiakan Dzakirah.

“You better go or you’ll miss your plane,” Dzakirah berkata, menolak ajakan Qaiser. “Nadhirah had already wait for you at the front door. Ma’a salamah,” sambungnya lagi. Sekali lagi Qaiser mengeluh. Tanpa berkata apa-apa dia berdiri dan menuju keluar. Dia menyalam Dhamiri sebelum masuk ke dalam kereta bersama Nadhirah lalu bertolak ke lapangan terbang. Dari jauh, Dzakirah memerhati kenderaan mereka hingga hilang dari pandangan. 

No comments:

Post a Comment