Thursday, December 10, 2009

SATU: Raja Pendukung Hak


"Ya Sakif Habibi!"
Qaiser tersenyum sendiri. Dia menoleh. "Ya Nur Ghazalah Nadhirah, tiadakah yang lain untuk Cahaya Mentarimu itu bersinar? Abang sudah katakan jangan memanggilku sebegitu. Pelajar abang sudah memikirkan yang bukan-bukan," balas Qaiser lalu melangkah menuju ke Musolla. Azan Zohor baru sahaja diseru sebentar tadi. "Cahaya mengerti semua itu. Yalah, insyaAllah Cahaya tak buat lagi. Abang mengajar apa di kuliah tadi? Cahaya lihat pelajarmu gembira sekali sedemikiannya mereka keluar," Nadhirah membetulkan niqab yang menutupi sebahagian mukanya sambil menyusul dibelakang Qaiser, matanya yang biru itu melihat mahasiswa yang berjalan melepasi mereka. "Tiada apa, selain perkara biasa, abang hanya melagukan syair sahaja. Mereka menantikannya sepanjang pembelajaranku," jelasnya. "Perdengarkan kepadaku jua, sudah lama Cahaya tidak mendengar abang melagukan sesuatu," desak Nadhirah. Seketika itu, Qaiser tersenyum kepada adiknya dan bersyair di dalam bahasa Arab yang bermaksud:
cinta itu membuat engkau buta
akan cela yang dicinta
dan engkau rela
pada apapun keadaannya
cinta itu ketika menghujam membuatmu siap
berkorban untuk yang dicinta
*********


Muhammad Qaiser Zahirul Haq-qul Furqon. Nama yang meniti di bibir sesiapa yang mengenalinya. Keturunannya yang berlainan memberi keistimewaan, ayahandanya yang dilahirkan warga Pakistan-Perancis menikahi bondanya yang merupakan kelahiran Cina-Melayu. Kepetahannya dalam 2 bahasa lain yang dipelajari menambah bilangan 4 bahasa yang diketahui. Dikala usianya 10 tahun, dia sudah diakhir pembelajaran sekolah rendah. 5 tahun dihabiskan bagi sekolah menengah swasta yang dihadiri.
International College [kini Hodges University] menerima permohonan Qaiser yang ketika itu berusia 15 tahun. 4 tahun memberikannya segulung ijazah di dalam Bachelor for Science in Business Administration sebagai mahasiswa terbaik. Qaiser meneruskan Master Degree in International Management sambil bekerja sebagai guru tuisyen asrama di Belford University. Ketika itulah dia menamatkan kerjayanya dan menubuhkan sebuah sekolah menengah swasta dan kini, selepas pengajian, menubuhkan Universiti Qaiser.

********

"Cahaya?"

"Assalamualaikum, Cahaya?"
"Ya Qaiser. Mengapa?" sahut Nadhirah. "Apa yang dimenungkan itu? Adakah kekasih hati?" tanya Qaiser lalu tersenyum. "Cahaya hanya memikirkan kisah abang," jelasnya. "Cahaya solat?" Qaiser terus bertanya. "Uzur Syar'i. Sedangkan Cahaya ingat hendak berpuasa hari ini," keluh Nadhirah. "Tetapi mengapa Cahaya mengikut abang ke Musolla ?" "Cahaya hendak menunggu abang habis, bukankah hari ini tiada kuliah lagi untuk Cahaya dan abang? Mungkin kita boleh pergi bersiar-siar. Boleh ya?" gesa Nadhirah sedikit manja. "Since when my little sister asking me ? You always order me to do everything.." Qaiser tersenyum melihat gelagat Nadhirah. "Not always. Just a little, I think. But still, accompany me to the mall today, okay? I'll wait for you in the car."

No comments:

Post a Comment