Dia
segera mengemaskan buku yang berada di atas meja dan memasukkan
beberapa buah ke dalam beg. Hanya al-Quran sahaja akan dipegang.
Sudah menjadi kebiasaan pelajar di QU, setiap mana mereka pergi,
al-Quran atau tafsir akan dibawa ke mana-mana sahaja. Itulah yang
diterapkan oleh pengasasnya, Qaiser. Dia pernah mengatakan, “Sebelum
antum membuat apa sahaja, ketahuilah kebenaran tentang perbuatan kamu
itu ada di dalam al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah satu-satunya
kitab yang wajib untuk kamu menelaah setiap hari. Bukanlah kitab yang
lain. Bacalah al-Quran semampumu, al-Quran sentiasa merindui
bacaanmu. Maka janganlah ketika kamu hendak membacanya, ia tiada di
sisimu.”
Kerana
itulah, dan kerana Allah, al-Quran sentiasa berada di tangan dan hati
setiap pelajar di situ. Dia melangkah melintasi taman, menuju ke arah
masjid. Sudah tiba masanya untuk dia menunaikan solat Dhuha. Sentiasa
ada pelajar yang menunaikan solat Dhuha secara berjemaah di masjid
al-Falaq selang satu jam. Kerana setiap kali satu sesi kelas tamat di
waktu pagi, di situlah mereka akan berkumpul sebelum masing-masing
membuat hal sendiri.
Setibanya
dia di pintu masuk masjid di bahagian muslimah, dia meletakkan kasut
di rak yang tersedia. Hanya beberapa pasang kasut sahaja ada di situ.
Dia menaiki tangga lalu tiba di ruangan solat muslimah. Segera dia
mengambil wudu' dan memakai telekung yang dibawa bersama. Beberapa
minit kemudian solat dhuha secara berjemaah dimulakan imam di
bahagian muslimin. Hatinya tenang ketika itu, bersama dengan yang
lain. Saf yang rapat mengeratkan ukwah secara tidak langsung.
Usai
memberi salam. Doa dibaca.

No comments:
Post a Comment