Thursday, December 10, 2009

TIGA: Cahaya Mentari Terbit Yang Berseri


Sedang memandu, Qaiser menoleh seketika ke arah Nadhirah yang duduk disebelahnya. Nadhirah yang menyedari perlakuannya itu mengalihkan pandangan ke luar tingkap. “Nak pujuk aku la tu,” bisik hati Nadhirah. “Cahaya,” panggil Qaiser. Tidak diendahkan. Qaiser tersenyum lagi. “Wanita,” keluhnya. “Kenapa dengan wanita pula?” tanya Nadhirah, tegas. “Laa, ada lagi rupanya. Ingatkan dah berangan jauh ke Tanah Suci Makkah,” sindir Qaiser. Dia tergelak sendiri. “Kenapa dengan wanita?” ulang Nadhirah, semakin tegas. Qaiser memandang kembali Nadhirah buat seketika. Masih tersenyum tanpa jawapan.

You are not going to make me repeat my question for the third time, brother,” Nadhirah memandang tajam Qaiser. Dengan tenang, Qaiser memberhentikan kereta di tepi jalan lalu memandang Nadhirah sambil memegang kedua tangannya.

‘Hati seorang wanita
Tidak mungkin difahami
Tak siapa dapat selami
Walau sungguh aku mencuba.’

Qaiser senyap seketika. Nadhirah bingung.

“Wahai Cahaya,
Engkaulah penyeri hidupku,
Jangan pernah engkau ragui,
Engkaulah sinar cahaya,
Ketika aku di dalam kegelapan yang nyata.
Wahai adikku yang kecil,
Kesayanganku yang kecil,
Aku menasihatimu dengan penuh kesabaran,
Aku mengingatkanmu tentang kesalahan yang engkau lakukan.
Jangan kau terluka,
Jangan pula menitis mata,
Kerana kau,
Wahai Nur Ghazalah Nadhirah,
Ingin ku jaga hingga ke syurga.”

Qaiser melepaskan pegangannya dan meneruskan pemanduan sehinggalah tiba ke destinasi, rumah mereka. Nadhirah pula hanya mendiamkan diri dan memandang ke luar tingkap, menyaksikan alam ciptaan Tuhan.

1 comment: