Saturday, December 26, 2009

TUJUH

Kedengaran pintu kamarnya diketuk. Qaiser sedikit terkejut. “Siapa?” dia bertanya. Tiada jawapan. “Man haza?” dia mengulanginya sekali lagi. “It’s Dhamiri. Mind my coming in?” suara dari luar menyahut. “Oh, come in. The door’s unlocked,” balas Qaiser. Dia duduk di penjuru katil. “I thought you were in the library, doing some work, you said,” katanya. Dhamiri duduk di atas kerusi berhampiran. Tidak pernah dia masuk ke kamar Qaiser sebelum itu. Kamar Qaiser yang agak luas itu dipenuhi dengan perabot buatan kayu. Tidak hairan juga memandangkan Qaiser memang meminati perabot sebegitu.

“How long will you be here?” tanya Qaiser setelah Dhamiri dilihatnya sibuk meneliti persekitaran kamarnya. Dhamiri mengalihkan pandangan ke arah Qaiser, mengingat kembali tujuan mengapa dia ingin bertemu. “Maybe a week, perhaps longer. It depends,” balas Dhamiri. “Oh, Nadhirah said dinner is ready,” dia menambah apabila teringat kembali tujuannya. “Dinner? Ya Allah, what time is it?” Qaiser bertanya, sedikit terkejut. “Dear dear Qaiser, it is almost 8 o’clock already,” Dhamiri menjawab sedikit tertawa.

“Astaghfirullah,” Qaiser beristighfar. Dia masih tidak menunaikan solat Maghrib lagi. Dengan segera dia menuju ke bilik air untuk berwudu’. Dhamiri yang memahami mengapa Qaiser bersikap sedemikian, hanya tergelak. “I’ll tell them to wait for you,” jerit Dhamiri lalu melangkah keluar dari kamar Qaiser. Di luar, dia menghela nafas panjang. Tidak tersangka Qaiser terlupa untuk solat.

Setelah menunaikan solat, Qaiser bergegas ke ruang makan. Walaupun ruang makan terletak bersebelahan dapur sahaja, ia berada di bilik yang berasingan, sedikit tertutup. Di situ, Nadhirah dan kedua tetamunya sudah menunggu. Dia memberi salam lalu duduk di sebelah Dhamiri. “Nadhirah masak?” tanya Qaiser. “Tolong masak, Dzakirah pun sama,” balas Nadhirah yang duduk berhadapan dengan Qaiser. Perbualan terus bersambung sehingga makanan dihidangkan. Qaiser mengimamkan bacaan doa.

1 comment: