Farhan
mengangkat muka, air mukanya menampakkan riak terkejut. “Jadi...
dia tiada wali?” tanya Farhan. Suaranya sedikit bergetar. Qaiser
menggelengkan kepala. “Ada, namun walinya di Singapura. Seorang
imam di sebuah masjid di sana. Abangnya Iklil Bahiyyah, dan namanya,”
Qaiser terhenti. Dia memandang Nadhirah, namun Nadhirah segera
mengalihkan muka. Tidak disedari air mata yang bertakung, menahan
sebak. “Namanya Muhammad Amirullah,” sambung Qaiser.
“Amirullah?”
Farhan sedikit terkejut. Dia berfikir seketika, mengenangkan kembali
di mana dia pernah mendengar nama itu. Nama yang jarang sekali
didengar, tapi dia pasti pernah diperkatakan oleh sesiapa kepadanya.
Allah mengembalikan ingatannya, maka dia bertanya, “Amirullah yang
pernah melamar Cahaya?” Nadhirah tidak dapat menahan tangis. Dia
segera berlalu pergi. Seketika kemudian, terdengar bunyi pintu
ditutup rapat di tingkat dua. Qaiser beristighfar. Dia tidak mahu
mengeluh.
Sekali
lagi minda Farhan diterjah beribu persoalan. “Apakah yang telah
berlaku dan ana tidak mengetahui akannya?” tanya Farhan kepada
Qaiser. Qaiser tersenyum pahit. Di matanya terpancar keresahan yang
nyata, atau pun mungkin kesedihan yang menyakitkan jiwa. Dia berkata,
“Benar,
Amirullah abangnya Iklil Bahiyyah, adalah Amirullah yang melamar
Nadhirah setelah dia tamat sekolah menengah dahulu. Dialah yang telah
mengejutkan keluarganya, kerana Nadhirah baru sahaja belasan tahun.
Malah Amirullah juga begitu. Baru sahaja 20 tahun, tapi sudah berniat
untuk mendirikan rumah tangga. Ana tidak menghalang, kerana
perkahwinan itu satu sunnah. Namun, manusia hanya merancang dan Allah
menentukan. 6 tahun yang lalu, beberapa bulan sebelum QU dirasmikan,
ketika itu Amirullah datang kepadaku, meminta izinku. Sungguh, ana
tidak tahu mengapa, apakah tujuannya. Dia hanya memaklumkan,
hasratnya ditentang keluarga, maka dia mahu membawa hati yang lara.
Dia mahu berhijrah ke Turki, kerana dia tahu sekurang-kurangnya
Dhamiri berada di situ.”
Farhan
memotong penerangan Qaiser dengan pertanyaan, “Apa maksudmu,
keluarganya menentang? Ketika itu dia masih mempunyai keluarga?”
Di
saat itu hati Qaiser hampir berkecai sekali lagi setelah bertahun
lamanya. “Benar,” katanya. “Keluarganya masih hidup lagi ketika
itu. Sehinggalah satu kemalangan yang meragut segala kebahagian
mereka, termasuk nyawa, telah berlaku.”
subhanallah...best cter nii..xsbr tnggu smbungn..^^
ReplyDelete